• Home
  • Pengenalan
  • Galeri
  • Hubungi Kami
  • Sejarah Penubuhan aremean

    Nov 22, 2008
    aremean yang dianggotai oleh tiga orang sahabat karib telah ditubuhkan sejak 2001, bermula dengan aktiviti kecil-kecilan seperti menyertai nasyid sekolah, melibatkan diri dalam persembahan amal, menjadi tenaga pengajar dan sehingga kini masih lagi bergiat aktif dalam bidang nasyid secara bebas. Nama aremean dipilih pada tahun 2003, setelah kumpulan nasyid sekolah tersebut berpecah kerana hampir semua anggota kumpulan nasyid ini berpindah sekolah kerana mendapat tawaran ke sekolah asrama. Pada asasnya, aremean bergerak secara kumpulan yang mempunyai dua anggota tetap iaitu Muhammad Taufiq bin Termidi dan Muhammad Hazim bin Mohammad Hanafiah. Pada tahun 2005 barulah aremean lengkap dengan kemasukan semula seorang bekas ahli kumpulan ini yang bernama Muhammad Hizami bin Masran setelah dua tahun meninggalkan kumpulan ini kerana mendapat tawaran ke sekolah asrama. aremean membawa konsep nasyid kotemporari seperti muzik 'live percussion' dan muzik-muzik yang matang.